Thursday, November 13, 2008

KEJAYAAN j-QAF SKPM 2008

Cepat sungguh masa berlalu. Tahun 2008 sudah sampai ke penghujung untuk kalendar persekolahan sesi ini. Bermula esok (13/11/2008) mula bercuti Akhir Tahun 2008. Berjumpa semula pada 4.1.2009.


Antara kejayaan j-QAF SK Padang Matsirat ialah:



Gambar 1: Sijil ANUGERAH BILIK j-QAF TERBAIK 2008 yang diterima semasa Majlis Anugerah Cemerlang PPD Langkawi 2008.




Gambar 2: Naib Johan Kalam Jamaie MKQ Peringkat Daerah Langkawi 2008.



Gambar 3: Mohd Syahmi Saad (4 Cempaka 2008) - Naib Johan Ujian Tilawah Lelaki MKQ Peringkat Daerah Langkawi 2008.





Gambar 4: Catatan Lawatan Pemantauan Calon Benchmark j-QAF dalam Buku Rekod Lawatan yang merupakan salah satu dokumentasi yang bermakna buat kami Warga Guru j-QAF di SK Padang Matsirat, Langkawi.




Gambar 5: Antara pegawai yang hadir memantau semasa pemantauan calon Benchmark sekolah j-QAF di SK Padang Matsirat pada 22/10/2008 yang lalu.
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh:
Akhi Mizi

Wednesday, November 5, 2008

MESYUARAT KEM LITERASI AL-QURAN PERINGKAT DAERAH LANGKAWI KALI KE-2 2008

PADA 5 November 2008 - Jawatankuasa Kem Literasi Al-Quran Daerah Langkawi 2008 bermesyuarat di PKG Kuah jam 2.30 petang. Guru j-QAF SK Padang Matsirat yang hadir ialah:
1. Us. Bashir Auni Md. Akhir - dilantik sebagai Pen. Kem Komandan
2. Us. Ahmad Tarmizi Bin Ismail - dilantik sebagai Ketua Unit Pengisian
3. Ust. Mazidah Binti Ismail - dilantik sebagai Ketua Unit Makanan
4. Ust. Hazirah Binti Mohd Hijab - Dilantik sebagai Fasilitator
5. Ust. Nor Asheken Binti Abdullah - dilantik sebagai Fasilitator
Antara gambar mesyuarat:













Sekian, terima kasih.


Tuesday, November 4, 2008

MESYUARAT PENYEDIAAN E-LAPORAN EDISI OKTOBER 2008 DAERAH LANGKAWI

Pada 3 hingga 4 November 2008 Guru-guru Data j-QAF setiap sekolah di Daerah Langkawi sedang berkampung di PKG Kuah untuk menyiapkan e-Laporan j-QAF Edisi Oktober 2008.
SK Padang Matsirat diwakili oleh Us. Bashir Auni dan Us. Ahmad Tarmizi.
Kesungguhan dan kegigihan guru-guru ini akan memastikan j-QAF Tanpa Gagal.

Gambar 1: Ustaz Bashir (dua dari kiri) sedang tekun menjalankan kerja. Kelihatan di sebelah kanan beliau Us. Aizul dari SK Langkawi.



Gambar 2: Sebahagian guru data j-QAF Langkawi.


Gambar 3: Us. Ahmad Tarmizi dengan imej baru sedang meng"import" dan meng"eksport" data.



KURSUS KHAS GPI j-QAF FASA 1

Pada 2 November 2008 yang lalu, guru-guru j-QAF Kohot 2005 dan 2006 (Langkawi & Kota Setar) telah mengikuti Kursus Khas Guru Pendidikan Islam Program j-QAF KPM, peringkat Negeri Kedah. Kursus ini menggabungkan guru-guru dari Daerah Langkawi dan Kota Setar. Dianggarkan seramai 180 orang guru telah hadir di INSPIN, Kedah.
Guru-guru dari SK Padang Matsirat yang hadir ialah:
1. Ustaz Bashir Auni Md. Akhir (2005)
2. Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Ismail (2005)
3. Pn. Mazidah Binti Ismail (2005)
Gambar 1: Us. Mahir (Pen. Pengarah Dakwah SPPI JPN Kedah) dan Us. Mohd. Rushdan (Pen. Pengarah Kurikulum Teras SPPI JPN Kedah) antara pegawai yang hadir.



Gambar 2: Hj. Mohd Rushdan menyampaikan slot beliau bersama Us. Mahir.


Gambar 3: Sebahagian peserta kursus.


Gambar 4: Us. Mohd Nahwiyuddin (Pen. Pengarah Unit Hal Ehwal Guru BPI) menyampaikan ucapan penutupan kursus khas.




Gambar 5: Dua orang guru j-QAF Daerah Langkawi antara 18 orang yang hadir mewakili Daerah Langkawi bergabung dengan Kota Setar.


-------------------------------------------------------------------------------------------------
P/S: Ucapan terima kasih kepada Us. Nazri SK Siputeh kerana telah menolong hantar saya dan kawan-kawan ke Jeti Kuala Kedah. Terima kasih di atas kesudian menolong.

KBS PERDANA 2008

Pada 1 November yang lalu, Unit j-QAF SK Padang Matsirat telah menganjurkan KBS Perdana Tahun 2008. Format KBS Perdana ini adalah rutin tahunan di mana kami menggabungkan semua tahap pada 1 KBS. KBS yang dimaksudkan adalah KBS terakhir penutup aktiviti KBS Unit j-QAF SKPM.
Pada hari tersebut juga Us. Bahari (Pegawai Khas j-QAF PPD Langkawi) ada menganjurkan kenduri doa selamat kerana beliau dan keluarga bakal mengerjakan haji. Mabruk kepada beliau dan didoakan beroleh haji yang mabrur.
Ucapan terima kasih juga kepada semua fasilitator dan urusetia KBS Perdana 2008 yang telah menjayakan KBS pada kali ini.












Laporan disediakan oleh:
Pengarah KBS Perdana 2008