Thursday, April 7, 2011
Us. Adnan Bin Razak GDL j-QAF PI 2011
Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab SK Padang Matsirat, Langkawi menerima seorang lagi tenaga pendidik baru iaitu Ustaz Adnan Bin Razak pada 21 Februari 2011 yang lalu. Ustaz Adnan merupakan guru j-QAF Opsyen Pendidikan Islam dan diamanahkan untuk mengajar Pendidikan Islam tahun 3 di SK Padang Matsirat. Beliau adalah lulusan Sarjana Muda Al-Quran & Qiraat dari Ma'had Qiraat Universiti Al-Azhar, Mesir. Semoga dengan kehadiran beliau akan dapat memperkasa program j-QAF di SK Padang Matsirat.
Friday, January 21, 2011
GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM & GURU-GURU j-QAF SKPM 2011
GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM SK PADANG MATSIRAT 2011: 1. En. Lukman Bin Hassan (Pendidikan Islam T6) 2. En. Ahmad Basri Bin Mustaffa (Pendidikan Islam T5) 3. En. Mohd Zahir Bin Othman (Pendidikan Islam T4) 4. En. Adnan Bin Razak (Pendidikan Islam T3) 5. Pn. Norul Huda Binti Alias@ Ruslan (Pendidikan Islam T2 & Pra Sekolah) 6. Pn. Faridatol Azna Binti Alias (Pendidikan Islam T1 & Pra Sekolah) GURU-GURU j-QAF SK PADANG MATSIRAT 2011: 1. Pn. Salmah Binti Said (Pendidikan Islam T6) 2. Pn. Khairul Nisak Binti Abdullah (Pendidikan Islam T5) 3. En. Ahmad Tarmizi Bin Ismail (Pendidikan Islam T4) 4. Pn. Nor Aziah Binti Abdul Rahim (Pendidikan Islam T3) 5. Pn. Nor Asheken Binti Abdullah (Pendidikan Islam T2) 6. Pn. Mazidah Binti Ismail (Pendidikan Islam T1) 7. Pn. Nor Azila Binti Mahzan (Bahasa Arab T2, T3, T5) 8. Cik Hazirah Binti Hijab (Bahasa Arab T1, T4, T6) *** Organisasi Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab SK Padang Matsirat boleh dirujuk di sebelah kanan BLOG. MAKLUMAN: Kelas Tasmik Tahap 1: Tahun 1, 2 & 3 Hari: Isnin (1C,2C,3C), Selasa (1K,2K,3K), Rabu (1M,2M,3M) dan Khamis (1S,2S,3S). Masa: 12.45-1.45 petang. Tempat: Bilik Kelas. Kelas Tasmik Tahap 2: Tahun 4, 5 & 6 Hari: Ahad (4C,5C,6K), Isnin (4K,5K,6M), Rabu (4M,5M,6S), Khamis (4S,5S,6T) Masa: 1.15-2.15 petang. Tempat: Bilik Kelas, Surau & Bilik j-QAF. GURU TASMIK UNTUK DIHUBUNGI: 1. Tahun 1 - Pn. Mazidah: 013-9188065 / Pn. Faridatol Azna: 019-4171361 2. Tahun 2 - Pn. Norul Huda: 012-4659117 / Pn. Nor Asheken: 019-9395560 3. Tahun 3 - Pn. Nor Aziah: 019-6629462 / Pn. Nor Azila: 013-4896181 / En. Adnan: 012-4304976 4. Tahun 4 - En. Ahmad Tarmizi: 0195785596 / En. Mohd Zahir: 012-5588854 5. Tahun 5 - Pn. Khairul Nisak: 019-4725591 / En. Ahmad Basri: 019-4057314 6. Tahun 6 - En. Lukman: 019-5926977 / Pn. Salmah: 012-4487545
* Murid tahap 2 yang terlibat dengan Kelas KAFA akan dibenarkan pulang pada jam 1.45 petang.
Thursday, September 3, 2009
TANPA UPDATE
Assalamualaikum,
Blog ini sudah lebih 60 hari bercuti. Tapi bukan (MC) Cuti sakit. Juga bukan cuti bersalin. Walaupun dalam tempoh 60 hari adalah menyamai cuti untuk pegawai wanita yang bersalin (pekeliling lama). Pekeliling baru pegawai wanita layak mendapatkan cuti lebih awal dari tarikh bersalin. Justeru, habis pantang terus masuk kerja.
Blog ini tidak berpantang. Tidak juga bercuti kerana dapat MC atau mohon MC, tetapi blog ini adalah blog Tanpa Update untuk tempoh yang lama.
Kepada para pengunjung, sila layari lagi di lain masa. Manalah tahu kalau-kalau lain masa nanti blog ini sudah update!
Wassalam.

Tuesday, June 30, 2009
PENGUMUMAN: Portal Download E-Jazirah Online Over Bandwith
Assalamualaikum warahmatullah,
Pengumuman penting:
WEB Portal Download Bahan-bahan Pendidikan Islam, j-QAF dan Bahasa Arab E-Jazirah Online di http://e-jazirah2u.bravehost.com sudah over bandwith. Ini adalah kali kedua e-jazirah online menerima nasib serupa. Ini menunjukkan terlalu banyak user yang download menerusi e-jazirah online.
Terima kasih atas sokongan.
Selaku Web Editor saya memohon maaf dan insyaAllah akan diselenggarakan nanti.
Sebarang masalah boleh emelkan kepada saya myakhimizi@yahoo.com atau sms ke no HP saya: 0195785596.
Sekian,
Akhi Mizi
http://akhimizi.blogspot.com

Wednesday, April 8, 2009
SELAMAT DATANG CIKGU AZIZAN
WARGA Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab serta Unit j-QAF mengucapkan selamat datang kepada Yang Berusaha En. Azizan Bin Abdullah Sadik, Guru Besar SK Padang Matsirat, Langkawi yang baru menggantikan Yang Berusaha En. Amiruddin Bin Hj. Mat yang bertukar ke SK Temoyong mulai Mac lalu.
En. Azizan yang sebelum ini berkhidmat sebagai Guru Besar di SK Kelibang telah melapor diri sebagai Guru Besar SK Padang Matsirat pada 30 Mac yang lalu. Serentak itu Unit j-QAF, Panitia Pendidikan Islam SK Padang Matsirat juga mendapat Penaung yang baru.
Ahlan Wa sahlan, ya Cikgu Azizan...
Adalah menjadi harapan Unit j-QAF agar Cikgu Azizan akan membimbing warga guru terutama guru j-QAF ke arah memperkasa Pendidikan Islam selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia.
Wednesday, April 1, 2009
MTQ 2009: Us. Bashir Auni & Fatin Syafikah Keluar Sinar Harian Edisi Utara
Gambar keratan Akhbar SINAR HARIAN Edisi Utara pada 31.3.2009 - Kanan sekali: Ustaz Bashir Auni Bin Md. Akhir (Guru j-QAF SK Padang Matsirat) dan Fatin Syafikah (depan kanan) bersama Johan Tilawah Al-Quran Lelaki dan guru pengiring.
Panitia Pendidikan Islam SK Padang Matsirat merakamkan ucapan Tahniah kepada:
1. Fatin Syafikah Binti Azli - kerana telah dinobatkan sebagai Johan Tilawah Al-Quran (Perempuan) Kategori Sekolah Rendah Daerah Langkawi dalam MTQ 2009.
2. Mohammad Syazwan Zakwan Bin Azahar - kerana telah dinobatkan sebagai Naib Johan Hafazan (Lelaki) Kategori Sekolah Rendah Daerah Langkawi dalam MTQ 2009.
Juga tahniah kepada para peserta lain yang telah mengambil bahagian menjayakan MTQ Peringkat Daerah Langkawi 2009.
Walaupun SK Padang matsirat hanya memenangi 2 acara sahaja yang dipertandingkan, namun pencapaian dan persembahan adalah memberangsangkan.
Tahniah kepada Us. Lukman Hassan selaku Ketuan Panitia Pendidikan SK Padang Matsirat, Langkawi dan seluruh jentera Panitia, Pn. Nor Asiah (Guru Muzik), En. Suhaimi dll yang telah menyumbang tenaga melatih para peserta.
Sekian.
Tuesday, March 24, 2009
PEMANTAUAN PELAKSANAAN P&P j-QAF DI SKPM
PADA 23 Mac 2009 (Isnin) - 3 orang pegawai telah datang ke SK Padang Matsirat untuk memantau pelaksanaan program j-QAF di sekolah ini. Sekolah ini merupakan sekolah kohot 2005 yang melaksanakan j-QAF.
Pegawai-pegawai yang telah datang memantau ialah:
1. Ustaz Musa Jayyid Bin Mohamad - Penolong Pengarah Kurikulim Pendidikan Islam, Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.
2. Ustaz Jamaluddin Bin Said - Pegawai Khas j-QAF PPD Kuala Muda/ Yan (KMY)
3. Ustaz Nadzhari Bin Mahmud - Pegawai Khas j-QAF PPD Padang Terap (PT)

Gambar: Guru-guru Pendidikan Islam dan Guru j-QAF mendengar taklimat dan rumusan selepas pemantauan P&P daripada Penolong Pengarah Kurikulum Pendidikan Islam.
Gambar: Penolong Pengarah Kurikulum Pendidikan Islam sedang membuat rumusan pemantauan di Anjung Selasih, SK Padang Matsirat.
Pemantauan pada kali ini berfokus kepada P&P, Khatam al-Quran, Buku rekod Bacaan al-Quran, Pelaksanaan P&P Koperatif dan Kolaboratif, Pelaksanaan Bahasa Arab, Aktiviti Ko-kurikulum j-QAF dan hal-hal berkaitan pengurusan dan tindak ikut In House Training.
Panitia Pendidikan Islam dan Unit j-QAF SK Padang Matsirat mengucapkan terima kasih di atas pemantauan dan husnul mu'amalah di kalangan pegawai yang datang. Memang benar seperti kata Ustaz Musa Jayyid "Jangan anggap pemantauan ini untuk mencari salah dan silap, tetapi untuk menambah baik. Jangan salah tanggapan."
Sekurang-kurangnya kata-kata ini adalah satu penghormatan kepada kerjaya guru yang sentiasa perlu ditingkatkan tahap profesionalisme dan karisma guru. Bukan untuk menuding mana baik mana salah.
Subscribe to:
Posts (Atom)