Pada kali ini Beberapa view Baitul Izzah diuploadkan. Kebanyakan adalah gambar fail. Gambar terkini pun tidak banyak perubahan. Masih banyak yang perlu dilakukan supaya ia menjadi Bilik Darjah Kondusif. Komen anda?
Rak al-Quran dan Fail-Fail dan Sudut Al-Quran. Papan sudut al-Quran dilengkapi dengan BBM dan Laporan Khatam al-Quran dan Analisa Tasmik selain difailkan.
Lauhah Bahasa Arab yang ringkas. Ditemani kereta api dinding (atas) dan pinggan kertas bertulis (al-a'dad) bilangan. Selain itu informasi Bahasa Arab dan BBM.
Sudut Maklumat. Informasi tentang profil sekolah, visi dan misi sekolah, FPK, Visi dan Misi Panitia Pendidikan Islam dan Unit j-QAF, Model-model j-QAF, FAQ j-QAF, Jadual penggunaan Baitul Izzah, Takwim aktiviti Unit j-QAF, Jadual Tasmik dan Peraturan Bilik j-QAF serta maklumat semasa.
Ruang belajar untuk Pemulihan Jawi, P&P Pendidikan Al-Quran, Tasmik dan P&P Bahasa Arab. Ruang Belajar Baitul Izzah dilengkapi 1 set meja guru, 3 meja bulat dan 8 meja jepun tanpa kerusi, Papan tulis, Papan gulung, Whiteboard, Rak al-Quran dan Fail, Dulab stok, Printer, TV dan DVD Player, Radio dan BBM. Tak lupa bunga-bunga yang diinfak oleh Pn. Mazidah.