Tuesday, July 29, 2008

SALAM j-QAF

Assalamualaikum,

Salam j-QAF kepada semua.

DUNIA pendidikan bergerak ke arah pembestarian. Oleh itu ICT adalah medium teknologi yang menjadi asas kepada pembestarian dalam bentuk alat. Pengetahuan dan kemahiran perlu wujud gabungjalin agar kurikulum bukan sahaja disampaikan di sekolah bahkan boleh diakses di serata dunia.

Sebenarnya sudah lama Unit j-QAF SK Padang Matsirat bercadang hendak memiliki Blog di ruang maya. Tetapi kali ini, niat akan diteruskan juga memandangkan agenda mewujudkan Blog Unit j-QAF SK Padang Matsirat adalah antara fokus unit bagi sesi 2008.

Semoga Blog Unit j-QAF SK Padang Matsirat ini: http://jqafskpm.blogspot.com/ ini akan memberikan manfaat kepada para pengunjung.

Ia adalah katalis yang akan menghubungkan dunia sekolah dengan dunia luar. Semoga semua mendapat manfaat.

Salam j-QAF,

Blog Master
http://jqafskpm.blogspot.com/
Baitul Izzah,
SK Padang Matsirat, Langkawi.