Wednesday, April 8, 2009

SELAMAT DATANG CIKGU AZIZAN

WARGA Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab serta Unit j-QAF mengucapkan selamat datang kepada Yang Berusaha En. Azizan Bin Abdullah Sadik, Guru Besar SK Padang Matsirat, Langkawi yang baru menggantikan Yang Berusaha En. Amiruddin Bin Hj. Mat yang bertukar ke SK Temoyong mulai Mac lalu.
En. Azizan yang sebelum ini berkhidmat sebagai Guru Besar di SK Kelibang telah melapor diri sebagai Guru Besar SK Padang Matsirat pada 30 Mac yang lalu. Serentak itu Unit j-QAF, Panitia Pendidikan Islam SK Padang Matsirat juga mendapat Penaung yang baru.
Ahlan Wa sahlan, ya Cikgu Azizan...


Gambar: GB SK Padang Matsirat yang baru 2009.
Adalah menjadi harapan Unit j-QAF agar Cikgu Azizan akan membimbing warga guru terutama guru j-QAF ke arah memperkasa Pendidikan Islam selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia.

Wednesday, April 1, 2009

MTQ 2009: Us. Bashir Auni & Fatin Syafikah Keluar Sinar Harian Edisi Utara

Gambar keratan Akhbar SINAR HARIAN Edisi Utara pada 31.3.2009 - Kanan sekali: Ustaz Bashir Auni Bin Md. Akhir (Guru j-QAF SK Padang Matsirat) dan Fatin Syafikah (depan kanan) bersama Johan Tilawah Al-Quran Lelaki dan guru pengiring.


Panitia Pendidikan Islam SK Padang Matsirat merakamkan ucapan Tahniah kepada:


1. Fatin Syafikah Binti Azli - kerana telah dinobatkan sebagai Johan Tilawah Al-Quran (Perempuan) Kategori Sekolah Rendah Daerah Langkawi dalam MTQ 2009.


2. Mohammad Syazwan Zakwan Bin Azahar - kerana telah dinobatkan sebagai Naib Johan Hafazan (Lelaki) Kategori Sekolah Rendah Daerah Langkawi dalam MTQ 2009.


Juga tahniah kepada para peserta lain yang telah mengambil bahagian menjayakan MTQ Peringkat Daerah Langkawi 2009.
Walaupun SK Padang matsirat hanya memenangi 2 acara sahaja yang dipertandingkan, namun pencapaian dan persembahan adalah memberangsangkan.
Tahniah kepada Us. Lukman Hassan selaku Ketuan Panitia Pendidikan SK Padang Matsirat, Langkawi dan seluruh jentera Panitia, Pn. Nor Asiah (Guru Muzik), En. Suhaimi dll yang telah menyumbang tenaga melatih para peserta.
Sekian.