Thursday, October 30, 2008

PEMANTAUAN CALON BENCHMARK j-QAF

j-QAF SK Padang Matsirat telah dicalonkan sebagai Benchmark j-QAF bagi Daerah Langkawi. Justeru Sektor Pengurusan Pendidikan Islam (SPPI) JPN Kedah dengan diwakili oleh para Pegawai Khas j-QAF pejabat-pejabat pelajaran daerah di Negeri Kedah telah melakukan pemantauan di SK Padang Matsirat pada 22 Oktober 2008 yang lalu.
Pemantauan pada kali ini diketua oleh Yang Berusaha Ustaz Abdul Somad Abdullah yang merupakan Pegawai Khas j-QAF PPD Kubang Pasu dan disertai para pegawai dari daerah-daerah lain kecuali Ustaz Nadhari Peg. Khas j-QAF PPD PTP yang ada urusan lain.

Berikut adalah beberapa gambar sekitar pemantauan yang dijalankan:


Gambar 1: Ustaz Ahmad Tarmizi sedang menyampaikan taklimat pelaksanaan program j-QAF di SK Padang Matsirat kepada para pegawai yang hadir.



Gambar 2: Para pegawai sedang melakukan pemantauan (semakan buku RPP, Fail j-QAF dan dokumentasi program yang telah dilaksanakan) para Guru j-QAF dan GPI. Kelihatan Ustaz Abdul Somad Abdullah (Peg. Khas j-QAF PPD Kubang Pasu) dan Ustaz Jamaluddin Said (Peg. Khas j-QAF PPD KMY) sedang menyemak buku RPP.


Gambar 3: Ustaz Mohtar Mahmud (Peg. Khas j-QAF PPD KBB) sedang merakam gambar Baitul Izzah (bilik j-QAF) SK Padang Matsirat.



Gambar 4: Perbincangan khas antara pegawai dan guru-guru.



Gambar 5: Pembentangan dapatan pemantauan oleh ketua pemantau Yang Berusaha Ustaz Abdul Somad Abdullah (Peg. Khas j-QAF PPD Kubang Pasu) kepada para guru dan pentadbir sekolah.


Gambar 6: Pemantauan di bilik j-QAF SK Padang Matsirat oleh Ustaz Rifaie (Peg. Khas j-QAF PPD Baling/Sik) dan Ustaz Dziauddin Saad (Peg. Khas j-QAF PPD Kota Star).
Gambar 7: Ustaz Bahari Yaakob (Peg. Khas j-QAF PPD Langkawi) bersama para pegawai yang lain semasa jamuan ringan yang disediakan di kantin sekolah.


Gambar 8: Para pemantau yang hadir. Dari kiri: Us. Tarmizi (Guru Bahasa Arab j-QAF SKPM), Us. Mohtar Mahmud (Peg. Khas j-QAF PPD KBB), Us. Jamaluddin Said (Peg. Khas j-QAF PPD KMY), Us. Dziauddin Saad (Peg. Khas j-QAF Kota Star), Us. Abdul Somad Abdullah (Peg. Khas j-QAF PPD Kubang Pasu), Us. Bahari Yaakob (Peg. Khas j-QAF PPD Langkawi), Ustaz Mohd Rifaie Ismail (Peg. Khas j-QAF PPD Baling Sik) dan Us. Lukman Hassan (Ketua Panitia Pendidik Islam merangkap pengerusi unit j-QAF SK Padang Matsirat). Tidak kelihatan dalam gambar ialah Us. Bashir Auni Md. Akhir (Setiausaha Unit j-QAF SKPM) kerana sedang mengambil gambar.


Gambar 9: Us. Abdul Somad dan Us. Jamaluddin mencatat dalam buku rekod lawatan Unit j-QAF SK Padang Matsirat, Langkawi.

Kami para warga guru j-QAF dan GPI di SK Padang Matsirat merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pegawai yang telah datang memantau pelaksanaan program j-QAF di sekolah ini. Segala kekurangan dan kelemahan di pihak kami, pohon maaf daripada kami. InsyaAllah kami akan memperbaiki pada masa akan datang. Segala komentar dan tunjuk ajar yang diberikan kami ucapkan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Laporan disedikan oleh:
Us. Ahmad Tarmizi Bin Ismail


Wednesday, October 29, 2008

HARI KE-2: KURSUS MULTIMEDIA PENGAJARAN DALAM BAHASA ARAB UNTUK GPI/ GURU j-QAF PERINGKAT DAERAH LANGKAWI

Hari ke-2 kursus lebih menarik. Para peserta ditugaskan untuk menyediakan bahan pengajaran berasaskan aplikasi powerpoint. Para pensyarah memberikan bimbingan sepanjang sesi bengkel.
Hari ke-2: Para peserta sedang berbengkel menyediakan bahan Pengajaran berasaskan aplikasi powerpoint.


Hari ke-2: Ustaz Abdul Malik (SK Kelibang) sedang memberikan tunjuk ajar kepada Ustaz Nasir (SK Kedawang) sambil diperhatikan oleh Ustaz Tarmizi (SK Padang Matsirat) dan Ustaz Abdul Razak (SK Seri Lagenda).



Hari ke-2: Dr. Ridzuan (IPSAH) sedang berbincang dengan para peserta untuk pengemaskinian bahan yang disediakan untuk pembentangan.



Hari ke-2: Ustaz Ilias (SMK Langkawi, Pulau Tuba) bersama Ustaz Amar (SK Ewa) sedang menyediakan bahan pengajaran berasaskan powerpoint.


Hari ke-2: Ustaz Fazli (SK Penghulu Ahmad) sedang berbincang dengan Ustaz Dhiyauddin (SK Kelibang) sambil diperhatikan Ustaz Abdul Malik.


Gambar majlis penutupan akan dimasukkan kemudian.



Tuesday, October 28, 2008

KURSUS MULTIMEDIA PENGAJARAN DALAM BAHASA ARAB UNTUK GPI/ GURU j-QAF PERINGKAT DAERAH LANGKAWI

Kursus Multimedia Pengajaran Bahasa Arab anjuran Institut Perguruan Sultan Abdul Halim (IPSAH) dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Langkawi sedang dilangsungkan di PKG Kuah, Langkawi pada hari ini 28 hingga esok 29 Oktober 2008. Kursus ini dihadiri para guru Bahasa Arab dan GPI di Daerah Langkawi meliputi guru sekolah kebangsaan dan guru sekolah menengah.

Antara gambar kursus:












Pensyarah IPSAH yang menjayakan kursus ini:
1. Tn. Hj. Yahya Bin Abdullah
2. Tn. Hj. Ishak Bin Abdul Manaf
3. Tn. Hj. Jazmi Bin Md. Isa
4. Tn. Hj. Dr. Ridzuan Bin Ahmad
Urusetia:
1. Us. Abdul Razak Abdul Hamid (Penyelia Pendidikan Islam)
2. Us. Abdul Razak Bin Md. Arshad



Thursday, October 23, 2008

HIFZUL KALIMAT ARABIAH

BEBERAPA rakaman Pengajaran & Pembelajaran (P&P) Bahasa Arab Tahun 3 yang menggunakan Kaedah Hifzul Kalimat. Kaedah ini ada pro dan kontranya. Rakaman di bawah ini dilakukan pada bulan Julai 2008 melibatkan murid tahun 3 Kenanga yang diajar oleh Ustaz Ahmad Tarmizi (kelas ke-2 daripada 5 kelas) di SK Padang Matsirat. (Tajuk ke 7: Uhhibbu Manzili tahun 3).

Rakaman 1

Rakaman 2

Rakaman 3

Ramakan 4

Sila berikan pandangan anda berkaitan kaedah ini. Untuk pemantapan j-QAF khususnya kelas Bahasa Arab. Sebarang pandangan dan komentar diucapkan terima kasih.

Pandangan ilmiah boleh disalurkan ke e-mel: myakhimizi@yahoo.com

j-QAF SKPM 2008.

Tuesday, October 21, 2008

KURSUS PEMANTAPAN GPI & GBA j-QAF DAERAH LANGKAWI

Slot Bengkel: Para GPI j-QAF sedang berbengkel.

Ustaz Bashir Auni (GPI j-QAF) SK Padang Matsirat turut aktif dalam bengkel.


Santai: Pn. Mazidah kanan sekali dan Ustazah Nor Asheken (GPI j-QAF SKPM) ditemani seorang GPI j-QAF SK Ewa.


Sesi Bengkel GPI j-QAF perempuan.

KURSUS PEMANTAPAN GPI & GBA j-QAF DAERAH LANGKAWI

PADA hari ini dan esok (21-22 Oktober 2008) berlangsung Kursus Pemantapan GPI j-QAF dan Kursus SP dan HSP Bahasa Arab Peringkat Daerah Langkawi 2008. Para peserta terdiri daripada semua guru j-QAF kohot 2005, 2006, 2007 dan 2008. Kursus berlangsung di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Kuah, Langkawi.

Guru-guru j-QAF SK Padang Matsirat yang hadir ialah:

1. Ustaz Bashir Auni Md Akhir
2. Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Ismail
3. Ustazah Mazidah Binti Ismail
4. Ustazah Hazirah Binti Mohd Hijab
5. Ustazah Nor Asheken binti Abdullah
6. Ustazah Nor Azila Binti Mahzan

Manakala Ustazah Khairul Nisak Binti Abdullah sedang bercuti bersalin.

Gambar-gambar Kursus Pemantapan hari pertama. Slot 1 dan 2.

Slot 1: Cetusan Minda disampaikan oleh Ustaz Mohd Rifaie (Pegawai Khas j-QAF PPD Baling/Sik)



Para peserta Kursus yang hadir


Para peserta terhibur dengan cerita pengalaman mengajar oleh penceramah.


Slot 2: Ustaz Ahmad Nasir Awang (JLU Bahasa Arab) sedang menyampaikan ceramah Manhaj Dirasi (Sukatan Pelajaran) Bahasa Arab kepada para guru Bahasa Arab.


Para peserta tekun mendengar penyampaian Ustaz Ahmad Nasir dengan pelbagai input baru yang amat berguna.

*** Gambar-gambar lain akan dimasukkan kemudian. Maaf, kualiti gambar kurang memuaskan kerana kecerahan dewan kursus yang kurang memuaskan.


Tuesday, October 7, 2008

MAJLIS KHATAM AL-QURAN (MKQ) PERINGKAT DAERAH LANGKAWI 2008

Pada 6 Oktober 2008 bersamaan 6 Syawal 1429H, Pejabat Pelajaran Daerah Langkawi telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran (MKQ) Peringkat Daerah Langkawi. Dalam majlis MKQ tersebut sebanyak 4 acara dipertandingkan iaitu:
1. Ujian Tilawah Al-Quran (Lelaki dan Perempuan)
2. Kuiz j-QAF
3. Kalam Jamaie (Bahasa Arab)
4. Dikir Barat (Bahasa Arab)
Sebanyak 15 buah sekolah yang dipilih mengikuti pelaksanaan program j-QAF bermula 2005 sehingga 2008 telah mengambil bahagian. MKQ pada kali ini adalah kali ke-2 peringkat Daerah. Dilaksanakan di SK Ulu Melaka, Langkawi.
Pasukan MKQ Sekolah Kebangsaan Padang Matsirat telah menghantar seramai 40 orang peserta melibatkan 2 orang peserta untuk Ujian Tilawah, 4 orang untuk kuiz dan masing-masing 17 orang untuk Kalam Jamaie dan Dikir Barah Bahasa Arab.
Berikut antara gambar majlis penutup MKQ yang sempat dirakamkan. Gambar-gambar pertandingan akan dimasukkan kemudian, insyaAllah.




Pasukan MKQ SK Padang Matsirat, Langkawi 2008.


Antara Hadiah dan cenderamata untuk para pemenang.



Pn. Hjh. Zainab (Ketua Sektor SPPIM JPN Kedah) merasmikan Penutupan MKQ Daerah Langkawi di Dewan Saujana, SK Ulu Melaka.


Antara jemputan dan VIP yang hadir ke Majlis Penutupan MKQ. Berbaju melayu putih kiri sekali adalah Guru Besar SK Padang Matsirat, merangkap Penasihat Unit j-QAF SKPM.


Majlis Khatam al-Quran dikendalikan oleh Pegawai Khas j-QAF Daerah Langkawi diiringi wakil para pelajar dari sekolah-sekolah Daerah Langkawi
Muhammad Syahmi Saad (Peserta Ujian Tilawah L SK Padang Matsirat) menerima hadiah sebagai Naib Johan MKQ Daerah Langkawi 2008



Para peserta Kalam Jamaie SK Padang Matsirat menerima hadiah daripada Ketua Sektor sebagai Naib Johan Peringkat Daerah mengekalkan kejayaan tahun lepas (2007).

Para peserta Kalam Jamaie SK Kelibang yang merangkul Johan Kalam Jamaie pada MKQ kali ini.



Para peserta Dikir Barat SK Kedawang yang mengekalkan Johan.

Para peserta Dikir Barat SK Kedawang mempersembahkan persembahan mereka pada majlis penutupan.




Keputusan rasmi pada kali ini SK Padang Matsirat berjaya sebagai Naib Johan Tilawah Al-Quran Lelaki dan Naib Johan Kalam Jamaie. Tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah mengharumkan nama sekolah.
Sekian.