Tuesday, October 21, 2008

KURSUS PEMANTAPAN GPI & GBA j-QAF DAERAH LANGKAWI

PADA hari ini dan esok (21-22 Oktober 2008) berlangsung Kursus Pemantapan GPI j-QAF dan Kursus SP dan HSP Bahasa Arab Peringkat Daerah Langkawi 2008. Para peserta terdiri daripada semua guru j-QAF kohot 2005, 2006, 2007 dan 2008. Kursus berlangsung di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Kuah, Langkawi.

Guru-guru j-QAF SK Padang Matsirat yang hadir ialah:

1. Ustaz Bashir Auni Md Akhir
2. Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Ismail
3. Ustazah Mazidah Binti Ismail
4. Ustazah Hazirah Binti Mohd Hijab
5. Ustazah Nor Asheken binti Abdullah
6. Ustazah Nor Azila Binti Mahzan

Manakala Ustazah Khairul Nisak Binti Abdullah sedang bercuti bersalin.

Gambar-gambar Kursus Pemantapan hari pertama. Slot 1 dan 2.

Slot 1: Cetusan Minda disampaikan oleh Ustaz Mohd Rifaie (Pegawai Khas j-QAF PPD Baling/Sik)



Para peserta Kursus yang hadir


Para peserta terhibur dengan cerita pengalaman mengajar oleh penceramah.


Slot 2: Ustaz Ahmad Nasir Awang (JLU Bahasa Arab) sedang menyampaikan ceramah Manhaj Dirasi (Sukatan Pelajaran) Bahasa Arab kepada para guru Bahasa Arab.


Para peserta tekun mendengar penyampaian Ustaz Ahmad Nasir dengan pelbagai input baru yang amat berguna.

*** Gambar-gambar lain akan dimasukkan kemudian. Maaf, kualiti gambar kurang memuaskan kerana kecerahan dewan kursus yang kurang memuaskan.


No comments: