Tuesday, March 24, 2009

PEMANTAUAN PELAKSANAAN P&P j-QAF DI SKPM

PADA 23 Mac 2009 (Isnin) - 3 orang pegawai telah datang ke SK Padang Matsirat untuk memantau pelaksanaan program j-QAF di sekolah ini. Sekolah ini merupakan sekolah kohot 2005 yang melaksanakan j-QAF.

Pegawai-pegawai yang telah datang memantau ialah:

1. Ustaz Musa Jayyid Bin Mohamad - Penolong Pengarah Kurikulim Pendidikan Islam, Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.
2. Ustaz Jamaluddin Bin Said - Pegawai Khas j-QAF PPD Kuala Muda/ Yan (KMY)
3. Ustaz Nadzhari Bin Mahmud - Pegawai Khas j-QAF PPD Padang Terap (PT)



Gambar: Guru-guru Pendidikan Islam dan Guru j-QAF mendengar taklimat dan rumusan selepas pemantauan P&P daripada Penolong Pengarah Kurikulum Pendidikan Islam.


Gambar: Penolong Pengarah Kurikulum Pendidikan Islam sedang membuat rumusan pemantauan di Anjung Selasih, SK Padang Matsirat.
Pemantauan pada kali ini berfokus kepada P&P, Khatam al-Quran, Buku rekod Bacaan al-Quran, Pelaksanaan P&P Koperatif dan Kolaboratif, Pelaksanaan Bahasa Arab, Aktiviti Ko-kurikulum j-QAF dan hal-hal berkaitan pengurusan dan tindak ikut In House Training.
Panitia Pendidikan Islam dan Unit j-QAF SK Padang Matsirat mengucapkan terima kasih di atas pemantauan dan husnul mu'amalah di kalangan pegawai yang datang. Memang benar seperti kata Ustaz Musa Jayyid "Jangan anggap pemantauan ini untuk mencari salah dan silap, tetapi untuk menambah baik. Jangan salah tanggapan."
Sekurang-kurangnya kata-kata ini adalah satu penghormatan kepada kerjaya guru yang sentiasa perlu ditingkatkan tahap profesionalisme dan karisma guru. Bukan untuk menuding mana baik mana salah.