Thursday, April 7, 2011

Us. Adnan Bin Razak GDL j-QAF PI 2011

Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab SK Padang Matsirat, Langkawi menerima seorang lagi tenaga pendidik baru iaitu Ustaz Adnan Bin Razak pada 21 Februari 2011 yang lalu. Ustaz Adnan merupakan guru j-QAF Opsyen Pendidikan Islam dan diamanahkan untuk mengajar Pendidikan Islam tahun 3 di SK Padang Matsirat. Beliau adalah lulusan Sarjana Muda Al-Quran & Qiraat dari Ma'had Qiraat Universiti Al-Azhar, Mesir. Semoga dengan kehadiran beliau akan dapat memperkasa program j-QAF di SK Padang Matsirat.