Tuesday, October 7, 2008

MAJLIS KHATAM AL-QURAN (MKQ) PERINGKAT DAERAH LANGKAWI 2008

Pada 6 Oktober 2008 bersamaan 6 Syawal 1429H, Pejabat Pelajaran Daerah Langkawi telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran (MKQ) Peringkat Daerah Langkawi. Dalam majlis MKQ tersebut sebanyak 4 acara dipertandingkan iaitu:
1. Ujian Tilawah Al-Quran (Lelaki dan Perempuan)
2. Kuiz j-QAF
3. Kalam Jamaie (Bahasa Arab)
4. Dikir Barat (Bahasa Arab)
Sebanyak 15 buah sekolah yang dipilih mengikuti pelaksanaan program j-QAF bermula 2005 sehingga 2008 telah mengambil bahagian. MKQ pada kali ini adalah kali ke-2 peringkat Daerah. Dilaksanakan di SK Ulu Melaka, Langkawi.
Pasukan MKQ Sekolah Kebangsaan Padang Matsirat telah menghantar seramai 40 orang peserta melibatkan 2 orang peserta untuk Ujian Tilawah, 4 orang untuk kuiz dan masing-masing 17 orang untuk Kalam Jamaie dan Dikir Barah Bahasa Arab.
Berikut antara gambar majlis penutup MKQ yang sempat dirakamkan. Gambar-gambar pertandingan akan dimasukkan kemudian, insyaAllah.




Pasukan MKQ SK Padang Matsirat, Langkawi 2008.


Antara Hadiah dan cenderamata untuk para pemenang.



Pn. Hjh. Zainab (Ketua Sektor SPPIM JPN Kedah) merasmikan Penutupan MKQ Daerah Langkawi di Dewan Saujana, SK Ulu Melaka.


Antara jemputan dan VIP yang hadir ke Majlis Penutupan MKQ. Berbaju melayu putih kiri sekali adalah Guru Besar SK Padang Matsirat, merangkap Penasihat Unit j-QAF SKPM.


Majlis Khatam al-Quran dikendalikan oleh Pegawai Khas j-QAF Daerah Langkawi diiringi wakil para pelajar dari sekolah-sekolah Daerah Langkawi
Muhammad Syahmi Saad (Peserta Ujian Tilawah L SK Padang Matsirat) menerima hadiah sebagai Naib Johan MKQ Daerah Langkawi 2008



Para peserta Kalam Jamaie SK Padang Matsirat menerima hadiah daripada Ketua Sektor sebagai Naib Johan Peringkat Daerah mengekalkan kejayaan tahun lepas (2007).

Para peserta Kalam Jamaie SK Kelibang yang merangkul Johan Kalam Jamaie pada MKQ kali ini.



Para peserta Dikir Barat SK Kedawang yang mengekalkan Johan.

Para peserta Dikir Barat SK Kedawang mempersembahkan persembahan mereka pada majlis penutupan.




Keputusan rasmi pada kali ini SK Padang Matsirat berjaya sebagai Naib Johan Tilawah Al-Quran Lelaki dan Naib Johan Kalam Jamaie. Tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah mengharumkan nama sekolah.
Sekian.






No comments: