Thursday, October 30, 2008

PEMANTAUAN CALON BENCHMARK j-QAF

j-QAF SK Padang Matsirat telah dicalonkan sebagai Benchmark j-QAF bagi Daerah Langkawi. Justeru Sektor Pengurusan Pendidikan Islam (SPPI) JPN Kedah dengan diwakili oleh para Pegawai Khas j-QAF pejabat-pejabat pelajaran daerah di Negeri Kedah telah melakukan pemantauan di SK Padang Matsirat pada 22 Oktober 2008 yang lalu.
Pemantauan pada kali ini diketua oleh Yang Berusaha Ustaz Abdul Somad Abdullah yang merupakan Pegawai Khas j-QAF PPD Kubang Pasu dan disertai para pegawai dari daerah-daerah lain kecuali Ustaz Nadhari Peg. Khas j-QAF PPD PTP yang ada urusan lain.

Berikut adalah beberapa gambar sekitar pemantauan yang dijalankan:


Gambar 1: Ustaz Ahmad Tarmizi sedang menyampaikan taklimat pelaksanaan program j-QAF di SK Padang Matsirat kepada para pegawai yang hadir.



Gambar 2: Para pegawai sedang melakukan pemantauan (semakan buku RPP, Fail j-QAF dan dokumentasi program yang telah dilaksanakan) para Guru j-QAF dan GPI. Kelihatan Ustaz Abdul Somad Abdullah (Peg. Khas j-QAF PPD Kubang Pasu) dan Ustaz Jamaluddin Said (Peg. Khas j-QAF PPD KMY) sedang menyemak buku RPP.


Gambar 3: Ustaz Mohtar Mahmud (Peg. Khas j-QAF PPD KBB) sedang merakam gambar Baitul Izzah (bilik j-QAF) SK Padang Matsirat.



Gambar 4: Perbincangan khas antara pegawai dan guru-guru.



Gambar 5: Pembentangan dapatan pemantauan oleh ketua pemantau Yang Berusaha Ustaz Abdul Somad Abdullah (Peg. Khas j-QAF PPD Kubang Pasu) kepada para guru dan pentadbir sekolah.


Gambar 6: Pemantauan di bilik j-QAF SK Padang Matsirat oleh Ustaz Rifaie (Peg. Khas j-QAF PPD Baling/Sik) dan Ustaz Dziauddin Saad (Peg. Khas j-QAF PPD Kota Star).
Gambar 7: Ustaz Bahari Yaakob (Peg. Khas j-QAF PPD Langkawi) bersama para pegawai yang lain semasa jamuan ringan yang disediakan di kantin sekolah.


Gambar 8: Para pemantau yang hadir. Dari kiri: Us. Tarmizi (Guru Bahasa Arab j-QAF SKPM), Us. Mohtar Mahmud (Peg. Khas j-QAF PPD KBB), Us. Jamaluddin Said (Peg. Khas j-QAF PPD KMY), Us. Dziauddin Saad (Peg. Khas j-QAF Kota Star), Us. Abdul Somad Abdullah (Peg. Khas j-QAF PPD Kubang Pasu), Us. Bahari Yaakob (Peg. Khas j-QAF PPD Langkawi), Ustaz Mohd Rifaie Ismail (Peg. Khas j-QAF PPD Baling Sik) dan Us. Lukman Hassan (Ketua Panitia Pendidik Islam merangkap pengerusi unit j-QAF SK Padang Matsirat). Tidak kelihatan dalam gambar ialah Us. Bashir Auni Md. Akhir (Setiausaha Unit j-QAF SKPM) kerana sedang mengambil gambar.


Gambar 9: Us. Abdul Somad dan Us. Jamaluddin mencatat dalam buku rekod lawatan Unit j-QAF SK Padang Matsirat, Langkawi.

Kami para warga guru j-QAF dan GPI di SK Padang Matsirat merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pegawai yang telah datang memantau pelaksanaan program j-QAF di sekolah ini. Segala kekurangan dan kelemahan di pihak kami, pohon maaf daripada kami. InsyaAllah kami akan memperbaiki pada masa akan datang. Segala komentar dan tunjuk ajar yang diberikan kami ucapkan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Laporan disedikan oleh:
Us. Ahmad Tarmizi Bin Ismail


No comments: