Tuesday, August 12, 2008

GAMBAR BILIK j-QAF SKPM: BAITUL IZZAH

Salam j-QAF,

Pada kali ini Beberapa view Baitul Izzah diuploadkan. Kebanyakan adalah gambar fail. Gambar terkini pun tidak banyak perubahan. Masih banyak yang perlu dilakukan supaya ia menjadi Bilik Darjah Kondusif. Komen anda?


Rak al-Quran dan Fail-Fail dan Sudut Al-Quran. Papan sudut al-Quran dilengkapi dengan BBM dan Laporan Khatam al-Quran dan Analisa Tasmik selain difailkan.

Lauhah Bahasa Arab yang ringkas. Ditemani kereta api dinding (atas) dan pinggan kertas bertulis (al-a'dad) bilangan. Selain itu informasi Bahasa Arab dan BBM.

Sudut Maklumat. Informasi tentang profil sekolah, visi dan misi sekolah, FPK, Visi dan Misi Panitia Pendidikan Islam dan Unit j-QAF, Model-model j-QAF, FAQ j-QAF, Jadual penggunaan Baitul Izzah, Takwim aktiviti Unit j-QAF, Jadual Tasmik dan Peraturan Bilik j-QAF serta maklumat semasa.



Ruang belajar untuk Pemulihan Jawi, P&P Pendidikan Al-Quran, Tasmik dan P&P Bahasa Arab. Ruang Belajar Baitul Izzah dilengkapi 1 set meja guru, 3 meja bulat dan 8 meja jepun tanpa kerusi, Papan tulis, Papan gulung, Whiteboard, Rak al-Quran dan Fail, Dulab stok, Printer, TV dan DVD Player, Radio dan BBM. Tak lupa bunga-bunga yang diinfak oleh Pn. Mazidah.



Maktabah Baitul Izzah, dilengkapi Bahan-bahan bacaan dan buku-buku panduan termasuk 60 bulah Kamus Generasi Baru Bahasa Arab, BBM, Alat cetak dan OHP.



Meja Guru yang dilengkapi dengan Buku Rekod Penggunaan Bilik j-QAF, Buku Pelawat, Buku Rekod Penggunaan Peralatan dan BBM, Buku Rekod Kehadiran Guru (mesyuarat), Buku Rekod Stok, Buku Fokus j-QAF SKPM 2008, Peraturan Bilik j-QAF, dan alat tulis.


Sekian.

4 comments:

emzex said...

tahniah kepada panitia jQAF diatas kesungguhan dan komitmen anda semua utk menceriakan bilik jQAF ini.

diharap bilik ini bukan sekadar menjadi hiasan dan tontonan sahaja tetapi dimanfaat sepenuhnya.

SK.KAMPUNG RAHMAT,SETIU said...

MABRUK ALAIKUM..BILIK JQAF YG BERMAKLUMAT DAN KONDUSIF...MEMBERI ILHAM KEPADA SEKOLAH ANA UTK MENGHIASI LAMAN JQAF...

SK.KAMPUNG RAHMAT,SETIU said...

MABRUK ALAIKUM..BILIK JQAF YG BERMAKLUMAT DAN KONDUSIF...MEMBERI ILHAM KEPADA SEKOLAH ANA UTK MENGHIASI LAMAN JQAF...

Paie Khairy said...

salam.tahniah kerana berjaya menghasilkan bilik jqaf yg terbaik!!boleh ke saya nak tengok contoh fail pengurusan bilik jqaf?apa instrumen2 di dalam fail tersebut?
syukran jazilan