Monday, August 11, 2008

PENGENALAN j-QAF DI SKPM

PROGRAM j-QAF adalah suatu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkasa Pendidikan Islam di peringkat Sekolah Kebangsaan. j-QAF menekankan aspek penguasaan jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain.

•Perlaksanaan model-model komponen j-QAF disasarkan kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan seluruh negara menjelang 2010. Bermula pada tahun 2005 sebanyak 1,221 buah sekolah kebangsaan telah dipilih untuk perlaksanaan program j-QAF secara bersepadu.

•Pada tahun 2005, seramai tiga orang Guru j-QAF telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Padang Matsirat, Langkawi bagi melaksanakan program j-QAF. Mereka ialah:

•1. En. Bashir Auni Bin Md. Akhir
•2. Pn. Mazidah Binti Ismail
•3. En. Ahmad Tarmizi Bin Ismail

•Pada tahun 2006, seorang lagi guru j-QAF Pendidikan Islam ditempatkan iaitu Pn. Khairul Nisak Binti Abdullah

•Pada tahun 2007, JPN Kedah telah menambah seorang lagi Guru j-QAF Bahasa Arab iaitu Cik Hazirah Binti Mohd Hijab.

•Pada tahun 2008, pertambahan 2 orang Guru j-QAF iaitu: Cik Nor Asheken Binti Abdullah dan Pn. Nor Azila Binti Mahzan menjadikan jumlah Guru j-QAF seramai 7 orang dengan 4 orang opsyen Pendidikan Islam dan 3 orang opsyen Bahasa Arab.

•Manakala jumlah Guru Pendidikan Islam pula ialah seramai 6 orang menjadikan jumlah kesemuanya GPI dan Guru j-QAF seramai 13 orang.
MOTTO: j-QAF SKPM GEMILANG TERBILANG
Sekian.

No comments: